1. Pengenalan
Dengan menggunakan PVI Events, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat di bawah. Sila baca dengan teliti sebelum membuat tempahan.
2. Tempahan & Pembayaran
- Setiap tempahan akan disahkan oleh pasukan kami sebelum bil bayaran dijana.
- Pembayaran pertama mesti diselesaikan dalam tempoh 24 jam selepas kelulusan, atau tempahan akan dibatalkan secara automatik.
- Bayaran melalui toyyibPay sahaja kecuali dipersetujui sebaliknya.
3. Pembatalan & Bayaran Balik
Pembatalan diuruskan secara individu mengikut budi bicara pengurusan. Hubungi pasukan kami untuk butiran lanjut.
4. Deposit Sekuriti
Deposit sekuriti RM 500 dikenakan setiap tempahan dan akan dikembalikan dalam masa 7 hari selepas acara, tertakluk kepada pemeriksaan keadaan dewan.
5. Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan, sila hubungi pasukan PVISB di [email protected] atau 013-344 0040.
Terma ini adalah versi awal yang akan dikemas kini oleh pasukan undang-undang PVISB.